Saturday, December 3, 2011

saya menagis :'(

Keluarga kitorang jadi susah sebab ayah bankrap. Tempat tinggal kitorang di ambil orang. Ibu dengan adik tinggal kat sebuah budget hotel di KUALA LUMPUR. Mula-mula aku tinggal dengan ibu dan adik, tak berapa lama lepas tu. Aku happy walaupun hidup kami sangat susah masa tu. Sebab dia ada. Dia selalu ada buat aku happy. Aku tak pernah menangis walaupun aku hidup susah masa tu sebab dia sentiasa ada dekat aku. Walaupun tempat tinggal dia jaoh, dia tetap datang KUALA LUMPUR semata-mata nak buat aku happy.
Salah satu benda yang paling dia buat aku happy,masa tu aku tak ingat kenapa aku sedih. Dia datang je,terus dia dukung aku.
Aku happy bila dia manjakan aku. Dia cerita lawak buat aku ketawa. Senyuman dia buat aku rasa bahagia sangat.

Tiba-tiba suatu hari tu, ayah datang ambil aku. Katanya ada kenduri kat kampong,aaku ikut je la, ibu dan adik tak ikut. Tak tahu sebabnya. Dekat kampong, aku masih happy bersama saudara-mara aku. Masa tu aku tak bawa handphone, terlupa mungkin. Jadi aku tak dapat mesej si dia. Aku rindu dia tapi kehadiran saudara-mara yang gila-gila buat aku terlupa akan kerinduan itu sebentar.
Bila aku balik KUALA LUMPUR, ayah,ibu dan adik ajak aku keluar. Masa tu ekonomi keluarga semakin elok. Kami da berpindah ke rumah baru tetapi tidak sebaik dahulu. Just,okay lah. Masa sampai kat tempat tu,ayah cakap kat seseorang, “saya nak awak buat yang terbaik”.”baiklah,saya akan cuba. Insyallah taka da apa-apa masalah”balas orang tu.
Tiba-tiba aku ternampak si dia dengan kawan dia. Aku rasa agak terkejut tapi tetap rasa bangga mempunyai ‘pakwe’ yang smart gitu. Orang yang cakap dengan ayah tadi, menuju ke arah dia dan cakap, “sebenarnya,saya ada hal nak bincang dengan awak.sebab tu saya suruh kawan awak bawa awak ke sini tanpa memberitahu tujuan sebenarnya.” Dia hanya diam. Tak pandang pun aku. Mungkin dia tak nampak aku. Orang tadi dan dia pergi ke sebuah kaunter, ayah turut bersama mereka. Hati aku mula merasakan sesuatu yang tidak baik. Aku duduk. Orang tadi bagi kepada dia sepucuk surat. Aku Nampak muka dia marah sangat. Aku rasa aku tahu apa isi kandungan surat itu. Aku ingin pergi melihatnya tapi aku terkaku di situ.

Dia terus berlalu begitu sahaja tanpa memandang aku walaupun dia tahu aku ada di situ. Masa tu lah aku mengalirkan air mata kerana aku sedar aku telah menyusahkan dia. Basah pipi ku kerana menangis. Kemudian,ayah mengajak kami pulang. Di rumah,aku terasa sunyi sangat.aku hendak mencari handphone tetapi tidak berani kerana bimbang ayah akan berbuat sesuatu yang lebih buruk lagi kepada dia. Masa tu elektrik tak ada. Aku ternampak phone aku lalu mengambilnya dengan alasan hendak masuk ke tandas dengan lampu. Apabila masuk ke tandas, aku terus mencari nombor telefon dia, aku ingin meminta maaf dan aku amat rindu akan dia. Tetapi tidak menjadi kerana adik telah mengetuk pintu tandas. Aku terus memasukkan handphone ke dalam kocek seluar dan keluar. Aku pergi ke ruang di dalam kawasan rumah yang agak terpencil dan mengeluarkan handphone. Aku cuba mendail nombor dia tetapi tak dapat. Hati ku sedih. Mungkin dia tidak lagi mahu menjawab panggilan ku kerana perbuatan ayah terhadap dia, atau mungkin benar dia tidak menyanyangi ku lagi seperti dahulu.

Keesokan harinya, ibu menemukan aku dengan seorang lelaki. Lelaki itu sangat baik tetapi tidak dapat menarik perhatian ku dari segi paras rupa. Ibu kata aku tetap akan berkahwin dengan dia walau apa pun yang terjadi. Aku tidak membantah kerana ibu cakap kalau aku kahwin dengan lelaki itu, ayah akan gugurkan dakwaan ke atas dia. Aku pun bersetuju kerana aku tidak mahu menyusahkan dia lagi.
Aku masih tetap menyanyangi dia walaupun aku telah menjadi milik orang lain. Suami aku baik. Dia jaga aku dengan baik. Dia kelakar. Dia sentiasa buat aku gembira. Tapi aku masih teringat kan dia :’(


maafkan aku,dia. Aku menyusahkan kau. Maafkan aku kerana aku tak dapat menjadi milik kau seperti yang engkau mahu. Aku tetap akan sayang engkau. Aku harap kau dapat memaafkan aku sebab aku sangat sayangkan kau.

The end
lotsoflove

No comments:

Post a Comment